Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Masterchef Malaysia adalah antara rancangan realiti kegemaran aku. Di samping sajian makanan yang enak dan menyelerakan, kita boleh lihat sendiri drama dan adegan yang disajikan oleh para peserta. Kalau korang pernah tengok Masterchef Malaysia Selebriti musim kedua, korang mesti perasan ada satu aktiviti outdoor yang dibuat di Laman Grill Steak & Bar-B-Que ni.

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Laman Grill Steak & Bar-B-Que ni sebenarnya adalah milik salah seorang juri masterchef itu sendiri iaitu Chef Zubir. Restoran ini menyajikan masakan pelbagai masakan barat. Aku pernah datang sini lebih kurang lima kali. Memang tak pernah merasa masakan Chef Zubir. Cuma merasakan masakan daripada anak murid beliau.

Restoran kepunyaan Chef Zubir ini sudah pasti standardnya adalah tinggi. Reputasi besar yang dipikul oleh semua krew di restoran ini diterjemahkan dengan masakan barat yang pasti tidak mengecewakan para pengunjung. Harga memang sudah semestinya mahal berkadar langsung dengan reputasi Chef Zubir.

Antara menu kesukaan aku di restoran ini ialah:

1. Lasagna al Forno

Lasagna al Forno

Lasagna al Forno

Lasagna al Forno ini adalah masakan Itali. Nak sebut pun lidah berbelit. Sebanyak 5 kali aku datang sini baru sekali aku dapat merasakan keenakan Lasagna ini. Korang kena buat tempahan sebelum datang ke restoran ini jika mengidam lasagna sebab mungkin diorang buat tak banyak kot. Sebelum ini aku datang memanjang jer habis. Lasagna ini akan dihidangkan panas-panas.

daging kisar berperisa dengan sos ‘bechamel’, doh pasta, di panggang dengan keju mozzarella

Laman Grill

2. Frutti de mare

Frutti de mare

Senang cerita ini masakan Itali bertemakan seafood.

udang harimau, kepah biru Chile, sotong dan lala dengan bawang putih, cili padi dan herba basil Itali dalam sos tomato

Laman Grill

3. Carbonara

Carbonara

Carbonara

Carbonara sudah pasti tidak mengecewakan. Sedap dan lazat.

daun selasih Itali, bawang putih, daging salai, hirisan ayam dan pelbagai cendawan dalam sos berkerim

Laman Grill

Akhir sekali ‘dessert’ iaitu Banana Split. Makan pisang dengan ice cream.

Banana Split

Banana Split

Makanan barat yang lain juga ada disediakan seperti chicken chop dan steak. Aku tak pandai sangat order steak ni. Steak ni ada well done atau half baked dan macam-macam lagi la jenis bergantung kepada cara masakan. Aku pernah rasa kawan aku order steak bahagian tenderloin. Memang sedap dan enak sekali.

Laman Grill Steak & Bar-B-Que ni terletak di G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam berdekatan dengan Kolej PTPTL Shah Alam.

Waktu operasi dari 11 pagi hingga 11 malam.

Sekarang ini Laman Grill sudah membuka cawangan di Kajang – No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang. Kat Kajang ni aku tak pernah pergi lagi.

Disebabkan Laman Grill ni harganya memang mahal tetapi berbaloi dan puas hati. Aku pergi bila ada peristiwa penting jer macam kawan belanja dan bos belanja.

Bon Apettite 

Teruja untuk menulis blog untuk anda,

mohdnorz

 

 

 

16 Responses to “Laman Grill Steak & Bar-B-Que”
  1. encikarman October 30, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013
  2. kakiblog October 30, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013
  3. pahan October 30, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013
  4. titan October 30, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013
  5. Zuan October 31, 2013
  6. Juan November 4, 2013
    • mohdnorz November 4, 2013
  7. Hazmin Hamudin November 4, 2013
    • mohdnorz November 4, 2013
  8. hafizrahim November 6, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge