Majlis Konvokesyen Angah

Hujung minggu baru-baru ni, hampir semua universiti di Malaysia melangsungkan majlis konvokesyen. Majlis konvokesyen ini adalah saat yang dinantikan oleh semua pelajar. Setelah bertungkus lumus belajar selama bertahun-tahun, akhirnya pada masa ini pelajar tersebut akan dikurniakan segulung ijazah.

Ijazah inilah yang menjadi tiket untuk mendapatkan kerja yang bagus-bagus. Bercakap mengenai majlis konvokesyen, aku teringat pengalaman aku sendiri semasa menghadiri majlis konvokesyen ini. Majlis konvokesyen adalah majlis yang penuh dengan protokol. Semuanya kena ada aturannya. Tidak boleh ikut suka hati sahaja.

Pakaiannya kena kemas dan formal. Tidak boleh berseluar jeans dan memakai baju T. Selalunya hanya 2 orang dibenarkan masuk ke dalam dewan. Manakala selebihnya terpaksa menunggu di luar. Jika bernasib baik, adala skrin besar yang menunjukkan siaran langsung majlis konvokesyen itu.

Semasa aku belajar dahulu, aku memang sering terlibat dalam majlis konvokesyen sebagai pemuzik. Aku bertanggungjawab bermain orchestra sebagai muzik iringan dan mengisi slot untuk persembahan. Sebenarnya majlis konvokesyen ini memang membosankan kerana terpaksa menunggu lama dan mendengar ucapan yang panjang.

Tetapi saat yang paling manis dan menggembirakan adalah semasa pelajar mengambil segulung ijazah. Semasa aku mengambil ijazah di Perak, masa tu aku masih belum dapat kerja lagi. Aku kerja sementara di KFC. Berbekalkan gaji KFC inilah aku gunakan untuk perbelanjaan konvokesyen aku.

Majlis konvokesyen memang memerlukan duit yang banyak. Duit untuk kos perjalanan ke universiti, sewa homestay atau hotel dan bayaran untuk sesi fotografi.

Saat-saat yang syahdu semasa majlis konvokesyen ialah semasa melihat graduan berpelukan dengan keluarga ke atas kejayaan yang begitu lama dinantikan. Begitu juga dengan graduan perempuan, ada yang aku tengok tengah sarat mengandung pun ada. Cuba bayangkan pengorbanan mereka sebagai seorang bakal ibu dan pelajar. Memang sangat mencabar.

Aku sendiri berasa teruja semasa melihat adik aku mengambil segulung ijazah pada hari Ahad yang lalu. Akhirnya jadi orang yang berguna kepada masyarakat juga adik aku. Aku memang tabik hormat la dekat adik aku sebab petang tu juga dia kena masuk kerja balik.

Tahniah Angah

Tahniah Angah

Tahniah Angah  begitu juga dengan semua graduan.

Semoga berjaya dalam dunia pekerjaan pula.

Tak sabar rasanya aku nak grad tahun depan.

Teruja untuk menulis blog untuk anda,

 mohdnorz

10 Responses to “Majlis Konvokesyen Angah”
  1. blogger lelaki October 29, 2013
  2. adikensem October 29, 2013
  3. encikarman October 30, 2013
  4. kakiblog October 30, 2013
  5. titan October 30, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge