Upacara Jemput Menjemput

Majlis kenduri belah perempuan sudah selesai. Belah aku baru jer hendak bermula. Jarak antara kenduri adalah jauh lebih kurang sebulan. Selain sibuk dengan persiapan seperti tempahan khemah, pelamin dan baju bersanding, aku dengan keluargaku juga sibuk dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan tidak kira jauh ataupun dekat.

Antara medium yang aku gunakan untuk menjemput tetamu sudah pasti dengan menggunakan Facebook dengan membuat acara. Selain itu, aku juga menggunakan kaedah lama dengan mengepos kad kahwin. Harga setem RM0.60. Pesanan ringkas dan telefon juga menjadi pilihan.

Akhir sekali, kaedah yang paling berkesan dan mesra ialah dengan berkunjung sendiri ke rumah jemputan. Aku dengan keluarga bermula dengan rumah sedara dan rakan-rakan yang jauh terlebih dahulu. Awal bulan ni, aku telah memulakan kunjungan ke arah utara.

Jemputan Kahwin

Jemputan Kahwin

Bermula dari kawasan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan singgah bermalam di Bagan Datoh, Perak. Esok paginya sambung turun ke arah Selangor. Bermula di Bota Kanan, Felda Trolak Utara sehingga Felda Gedangsa. Sedara aku memang ramai yang tinggal di Felda.

Minggu ini pula, pagi-pagi dah bertolak ke Melaka Bandar Bersejarah. Kalau nak ikutkan hati, nak juga singgah Kota A Famosa ke. Bukan senang aku nak datang Melaka ni. Namun niat baik aku tu terpaksa diketepikan kerana banyak lagi rumah hendak disinggah. Dari Melaka, terus pecut ke Putrajaya. Akhir sekali untuk kali ini destinasi yang terakhir ialah di Kuang, Selangor.

Teknik yang mak aku gunakan ialah cari orang utama yang boleh diharapkan untuk pas kad kahwin kepada sedara yang lain. Kalau nak pergi semua tempat memang tak sempat. Aktiviti menghantar kad kahwin sambil ziarah ini memang memenatkan tetapi puas hati dan seronok. Aku sendiri tidak berapa kenal sangat dengan sedara aku kerana aku sering tiada di rumah kerana bersekolah di asrama dan terus melanjutkan pelajaran di universiti.

Masa seperti ini lah aku gunakan untuk mengenal dengan lebih rapat. Kebanyakan sedara yang aku temui kali terakhir jumpa aku semasa aku kecil lagi. Cuba bayangkan sudah berapa lama kami tidak berjumpa. Biasala masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Jemput menjemput ni memang penting. Kena buat senarai nama-nama yang hendak dijemput supaya tidak ada yang tertinggal dan tidak terlebih budget untuk kenduri. Kalau terlebih jemputan budget tak cukup bahaya juga. Nanti ada yang tak dapat makan.

Aku memang berterima kasih kepada Waze kerana menjadi penunjuk jalan yang berjaya. Asalkan ada alamat pasti aku sampai. Disebabkan banyak tempat yang kena pergi, memang laju juga aku pecut kereta tu purata laju 140km/h. Nasib baik Waze warning kat aku jika ada speed trap. Selamat duit den.

Bagi yang jauh pula cukup sekadar adab dengan memberi makluman kepada mereka mengenai kenduri kahwin ini. Takut jika tidak dimaklumkan ada yang berkecil hati.

Semoga kenduri kahwin belah aku nanti berjalan dengan lancar. Risau juga sekarang ni musim hujan dan untuk makluman harga gula sudah naik dari RM2.50 kepada RM2.84. Memang terpaksa tambahkan manis pada senyuman jerla jawabnya.

Budaya kenduri di kampung aku ini memang meriah disebabkan budaya rewang. Rewang ini ialah kenduri secara gotong-royong sesama orang kampung.

Kepada yang Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Teruja untuk menulis blog untuk anda,

 mohdnorz

14 Responses to “Upacara Jemput Menjemput”
  1. Abdur Rozak October 26, 2013
    • mohdnorz October 26, 2013
  2. Zuan October 26, 2013
  3. kakiblog October 26, 2013
  4. titan October 27, 2013
    • mohdnorz October 27, 2013
  5. blogger lelaki October 27, 2013
    • mohdnorz October 28, 2013
  6. Pingback: Arsenal Menang Selesa | mohdnorzali.com November 2, 2013
  7. hafizrahim November 6, 2013
    • mohdnorz November 7, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge