Harapan Budget 2014

Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga Malaysia. Pada hari ini akan diadakan pembentangan budget 2014 pada pukul 3 petang sehingga 7 petang. Harapan aku budget 2014 ini dapat membantu meringankan beban sara hidup aku sebagai golongan muda seterusnya semua rakyat Malaysia.

Budget

Harapan Budget 2014

1. Kawalan harga rumah

Semua sudah sedia maklum harga rumah pada zaman sekarang sudah melonjak naik pada kadar yang begitu pantas. Aku sendiri pernah pergi ke kawasan perumahan yang baru naik berdekatan dengan kawasan aku tinggal. Pada masa itu, aku baru berjaya mendapat kerja pertama aku. Pada masa tu harga rumah masih RM300,000 untuk semi-d.

Sudah pasti aku gagal dan tidak layak untuk membeli rumah tersebut disebabkan keadaan keewangan yang tidak kukuh. Setahun lepas tu aku datang lagi ke situ. Kali ini kawasan perumahan itu dah naik fasa dua. Rupa-rupanya harga rumah pun naik juga iaitu RM500,000 untuk semi-d. Sudah tentu aku tidak mampu. Sekarang ini harga rumah memang sudah melonjak naik sehingga berjuta pun ada.

Ramai orang bijak pandai berkata, kita boleh pilih jalan lain seperti menyewa dahulu rumah ataupun membeli rumah lelong. Namun kebimbangan aku pada harga rumah yang melonjak naik sahaja. Harapan aku pada pembentangan budget 2014 ini adalah terselit pasal kawalan harga rumah seperti merendahkan harga rumah tetapi pada masa yang sama meningkatkan kelayakan untuk memohon pinjaman bank. Supaya jual beli rumah ini terkawal.

2. Penambahan budget untuk pendidikan

Negara kita Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara maju menjelang Wawasan 2020. Negara yang maju bergantung kepada rakyat yang berpendidikan tinggi. Pendidikan di Malaysia memerlukan perbelanjaan wang yang tinggi. Lagi-lagi pada zaman sekarang dengan lambakan universiti swasta dan kolej swasta dengan pelbagai jenis kos ditawarkan.

Aku sendiri telah menghadapinya. Kos untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana memerlukan perbelanjaan yang banyak. Aku harap pembentangan budget 2014 ada memperuntukkan bantuan pendidikan seperti pada tahun ini iaitu MyBrain. Bantuan seperti ini dapat mendorong gologan muda untuk meneruskan pendidikan di peringkat tinggi seterusnya meningkatkan taraf golongan professional di Malaysia.

3. Penambahan budget untuk sektor kesihatan

Aku kasihan melihat para doktor yang bekerja di hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah tentu penuh disebabkan lebih murah daripada hospital swasta. Apa yang aku harapkan ialah pada pembentangan budget 2014 ini ada diperuntukkan budget untuk penaik tarafan dan penambahbaikan kemudahan hospital terutamanya hospital lama.

Mungkin teknologi baru boleh dibawa masuk untuk memudahkan urusan doktor yang sudah sedia maklum sibuk.

4. Penambahan budget untuk keselamatan

Saban hari sekarang ini kita lihat di ruangan akhbar dan di telivision, kejadian jenayah berleluasa seperti rompakan bank dan kejadian tembak menembak di tempat terbuka. Itu belum termasuk jenayah cyber seperti penipuan kad kredit.

Aku harap budget 2014 dapat memperuntukkan budget untuk meningkatkan lagi keselamatan orang awam seperti peningkatan cctv di kawasan terbuka dan lokasi penting seperti bank.

Tak sabar aku untuk menunggu pembentangan budget 2014. Harap negara kita Malaysia yang tercinta ini akan terus maju dan aman damai.

Teruja untuk menulis blog untuk anda,

 mohdnorz

3 Responses to “Harapan Budget 2014”
  1. blogger lelaki October 26, 2013
    • mohdnorz October 26, 2013
  2. titan October 27, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge