Arsenal Kembali

Setelah 8 tahun 5 bulan 0 hari 8 jam 8 minit 3 saat (semasa artikel ini ditulis) adalah kali terakhir Arsenal menjulang sebarang  kejuaraan.

Akhirnya, berdasarkan prestasi semasa mungkin musim ini Arsenal bakal mengakhiri penantian yang menyiksakan ini.

Pada hari Sabtu (19/10/2013) pertembungan antara Arsenal dengan Norwich menyaksikan Arsenal menang selesa 4 berbalas 1 hasil jaringan Jack Wilshere, Aaron Ramsey dan Mesut Ozil dua gol.

Bagi aku gol yang dijaringkan oleh Jack Wilshere adalah gol terbaik Arsenal. Gol tipikal Arsenal. One touch pass One-two, flick dan score dengan tenang.

Dah lama Arsenal tak bermain dan menjaringkan gol seperti ini.

Persembahan Arsenal kali ini mirip era zaman invincible (tanpa kalah). Pada masa tu, Arsenal mempunyai ramai pemain yang hebat seperti Robert Pires (pemain sayap), Frank Ljunberg (pemain sayap), Patrick Vierra (holding midfielder), Thierry Henry (penyerang), Dennis Bergkamp (penyerang), David Seaman(penjaga gol) dan ramai lagi.

Sekarang ini, apa yang dapat aku perhatikan dengan kehadiran Mesut Ozil (playmaker) telah menjadi kunci kepada segala permasalahan Arsenal dari segi serangan.

Manakala Mathieu Flamini pula berperanan besar sebagai holding midfielder seperti Patrick Viera suatu ketika dahulu. Beliau yang bertanggungjawab untuk merampas kembali bola yang hilang dan menolong pertahanan.

Namun kejutan yang paling besar bagi Arsenal pada musim ini ialah Aaron Ramsey. Persembahan beliau yang sangat meyakinkan menyaksikan beliau menjaringkan gol hampir setiap perlawanan pada musim ini.

Arsene Wenger telah berjaya mengemudi Arsenal dengan menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Olivier Giroud sebagai penyerang solo.

Kekuatan Arsenal pada musim ini sudah tentu pada bahagian tengah. Arsene Wenger mempunyai banyak pilihan seperti Mikel Arteta, Tomas Rosicky, Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Jack Wilshere, Santi Cazorla dan pemain muda berbakat besar iaitu Gedoin Zelalem.

Mesut Ozil

Mesut Ozil

Arsenal hanya dapat menjuarai kejuaraan EPL jika persembahan konsisten dapat dipamerkan dan kecederaan dapat dielakkan.

Perlawanan seterusnya dalam kejuaraan eropah – Arsenal vs Borussia Dortmund.

In Arsene We Trust.

Selamat Hari Jadi Wenger

24 Responses to “Arsenal Kembali”
  1. Joe October 22, 2013
    • mohdnorz October 22, 2013
  2. zool October 22, 2013
    • mohdnorz October 22, 2013
      • zool October 23, 2013
        • mohdnorz October 23, 2013
  3. Juan October 22, 2013
  4. adikensem October 23, 2013
    • mohdnorz October 23, 2013
  5. blogger lelaki October 23, 2013
    • mohdnorz October 23, 2013
  6. profhariz October 23, 2013
    • mohdnorz October 24, 2013
  7. pahan October 24, 2013
    • mohdnorz October 25, 2013
  8. kakiblog October 24, 2013
  9. Zuan October 26, 2013
    • mohdnorz October 26, 2013
      • Zuan October 31, 2013
        • mohdnorz October 31, 2013
  10. titan October 30, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013
  11. Pingback: Pengenalan mohdnorzali.com | mohdnorzali January 7, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge