Merokok Membazirkan Wang

Semua sudah sedia maklum, British American Tobacco (BAT) Malaysia telah menaikkan harga rokok dari RM10.50 ke RM12.

Kenaikan mendadak sebanyak RM1.50. Lebih memburukkan keadaan kenaikan harga rokok ini diumumkan sebelum pembentangan budget 2014.

Kebarangkalian harga rokok akan naik lagi adalah sangat tinggi.

Kenapa aku katakan merokok ini membazirkan wang?

Cuba bayangkan jika dalam masa sebulan paling busuk pun perokok tegar boleh menghabiskan 3 kotak rokok yang bernilai RM36.

Setahun dah mencecah RM432.

RM432 tu boleh beli macam-macam barang keperluan harian yang lebih berguna dan bermanfaat.

Sebelum ini aku dah ceritakan serba sedikit  mengenai keburukan merokok.

Pada zaman sekarang dengan kenaikan harga dari sekecil rokok sehinggalah sebesar rumah, memerlukan kita melakukan penjimatan perbelanjaan secara bijaksana.

Keperluan hendaklah didahulukan daripada kehendak.

Tahanlah nafsu anda.

Cantaslah mana-mana perbelanjaan yang dirasakan membazir seperti merokok.

Jika guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri, perokok juga boleh diibaratkan seperti membakar diri tapi dari segi yang membawa keburukan.

Merokok membazirkan wang

 

Jika anda hebat, berhentilah merokok.

Jika anda berasa lemah, kurangkanlah merokok.

Jika anda berminat dan serius untuk berhenti merokok, boleh la rujuk kepada yang pakar.

Rasa Nak Berhenti Merokok? Klik Sini!

18 Responses to “Merokok Membazirkan Wang”
  1. kakiblog October 17, 2013
    • mohdnorz October 18, 2013
      • pahan October 18, 2013
        • mohdnorz October 18, 2013
  2. Bahrain October 18, 2013
    • mohdnorz October 18, 2013
  3. Juan October 18, 2013
  4. titan October 18, 2013
  5. profhariz October 23, 2013
    • mohdnorz October 24, 2013
  6. Blog Amir October 24, 2013
    • mohdnorz October 24, 2013
  7. fauzie October 29, 2013
    • mohdnorz October 30, 2013
  8. Sarah Ramli June 12, 2017
    • mohdnorz June 14, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge