Percutian di Cameron Highland

Sesudah selesai melancong di Pangkor, aku menyambung percutian di Cameron Highland pula.

Cameron Highland adalah satu tempat kesukaan aku disebabkan cuaca yang sejuk dan kat Cameron Highland ada strawberi.

Aku sering ke sana semasa zaman sekolah menengah dan universiti kerana tempat aku belajar di Perak berdekatan dengan Cameron Highland.

Nak pergi balik dalam sehari pun tak apa.

Dari Jeti Lumut ke Cameron Highland mengambil masa selama 3 jam lebih dengan menaiki kereta.

Aku bercadang untuk bercuti di Cameron Highland selama 2 hari 1 malam.

Hotel penginapan yang menjadi pilihan kali ini ialah The Smokehouse Hotel & Restaurant terletak di Tanah Rata.

Hotel ini memang mahal tetapi berbaloi untuk berbulan madu disebabkan lokasi dan suasana yang romantik.

The Smokehouse Hotel & Restaurant

The Smokehouse Hotel & Restaurant

Suasana ruang tamu, kamar beradu dan bilik air memang menyelesakan. Walaupun kat dalam hotel ini tak ada aircond, namun cuaca yang sejuk di Cameron Highland sudah cukup dingin.

 

Ruang Tamu

Ruang Tamu

Bilik Tidur

Bilik Tidur

Bilik Air

Bilik Air

Aktiviti pada waktu malam sekadar makan malam di Anis Tom Yam di Tanah Rata.

Menu yang menjadi pilihan ialah sup cendawan, daging rusa goreng bawang putih, telur bungkus dan sotong goreng tepung.

Anis Tom Yam ni masakannya memang sedap cuma daging rusa goreng bawang putih tu agak keras.

Pada keesokan paginya, aku bangun awal sebab nak naik Gunung Brinchang.

Naik Gunung Brinchang ni boleh jer kalau nak jalan kaki. Tapi hati kena keras dan jiwa kena jitu. Jarak dari bawah ke puncak Gunung Brincang kira-kira 11km.

Aku hanya memilih mendaki Gunung Brinchang dengan menaiki kereta.

Jalan memang mencabar. Ada satu lorong jer. Kalau berselisih dengan kenderaan lain pandai-pandai la mengalah.

Nasib aku baik, sebab aku pergi masa orang bekerja. Lagipun aku bertolak awal. Dalam pukul 7 pagi.

Selepas mengharungi liku-liku jalan yang mencabar dan jeritan yang tak sudah dari isteri aku, akhirnya kami sampai di puncak Gunung Brinchang.

Penunjuk suhu di kereta aku menunjukkan bahawa suhu di puncak Gunung Brinchang pada masa tu ialah 18 darjah Celcius.

Memang boleh beku kalau tak pakai baju sejuk. Nasib baik aku sempat beli dekat bundle kat Cameron Highland dengan harga RM10.

Puncak Gunung Brinchang

Puncak Gunung Brinchang

Dekat atas gunung ni memang penuh dengan kabus. Aktiviti yang boleh dijalankan di puncak gunung ini ialah jogging, barbecue dan jalan-jalan menikmati alam ciptaan tuhan.

Keindahan Alam

Keindahan Alam

Mossy Forest

Mossy Forest

Selepas puas berjalan-jalan di puncak gunung aku pun turun. Masa perjalanan turun kali ni banyak berselisih dengan pelancong.

Kalau datang Cameron Highland tak sah kalau tak pergi melawat ladang teh.

Masa turun tu, aku singgah ladang teh dulu. Sambil bergambar macam dalam cerita hidustan. Tapi tak ada la adengan guling-guling.

Ladang Teh

Ladang Teh

Sampai jer dekat hotel terus sarapan pagi stail barat. Roti dan jem, telur separuh masak, kopi, croissant dan macam-macam lagi.

Lepas kenyang sarapan, aku bersama isteri pun jalan-jalan di taman di keliling hotel. Tamannya memang cantik.

Taman Bunga

Taman Bunga

Masa perjalanan balik, aku singgah di Pasar Brinchang untuk membeli belah. Bermacam jenis sayur dan buah aku borong. Antaranya jagung, strawberi, kobis dan terung.

Sempat juga aku pekena cendawan goreng. Memang sedap makan semasa sejuk.

Ps: Kan seronok kalau jadi James Asquith ni. Keliling dunia dia dah pergi.

 

 

 

 

 

6 Responses to “Percutian di Cameron Highland”
  1. Hazmin Hamudin October 16, 2013
    • mohdnorz October 17, 2013
  2. titan October 16, 2013
    • mohdnorz October 17, 2013
  3. Pingback: Pengenalan mohdnorzali.com | mohdnorzali January 2, 2015
  4. budiman July 12, 2015
    • mohdnorz August 24, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge