Proton Suprima S Test Drive

Setelah sekian lama melihat iklan Suprima S di television, hari ni aku dengan adik berkesempatan untuk ke showroom Proton di Bukit Rahman Putra untuk test drive.

 

Aku telah menaiki kereta Proton sejak kecil lagi. Dahulu ayah aku pernah mempunyai Proton Wira dan Waja.

Malangnya pengalaman dengan Waja tidak berapa bernasib baik. Aku hanya sempat naik sekali sahaja.

 

Tak sampai sebulan ayah aku beli. Kereta Waja tersebut telah dicuri dan 5 tahun kemudian baru jumpa balik di Johor. Waktu tu ayah aku dah beralih ke kereta continental.

 

Kereta pertama aku juga adalah kereta Proton iaitu kereta Satria. Aku suka kereta Satria sebab gayanya yang sporty. Mak aku jer tak suka sebab dua pintu. Sekarang aku dah jual pun Satria tersebut disebabkan masalah overheat yang kronik sampai aku pernah overhaul.

 

Test Drive Proton Suprima S

Test Drive Proton Suprima S

 

Test Drive Proton Suprima S 1.6 Turbo Premium

Sebenarnya tujuan test drive ni sudah semestinya untuk meyakinkan diri ini sebelum membeli Suprima S.

Adik aku setelah membulatkan perut selama lebih kurang 5 bulan di rumah, akhirnya dia sudah dipanggil untuk induction di Terengganu.

Aku dah survey hampir semua kereta di Malaysia ni kalau nak beli kena bayar down payment 10% daripada harga kereta.

Down payment la yang menjadi masalah utama. Paling kurang pun 5 ker 7 ribu.

Aku pun baru kahwin memang tak dapat la nak tolong hulurkan duit pendahuluan itu.

Kereta Proton sahaja yang boleh buat pinjaman penuh. Bulan-bulan pandai-pandai la dia bayar.

Sekali sekala berdikari.

Sepanjang aku bawak kereta, aku pernah test drive Mazda 2, Mazda 3, Toyota Vios, Honda City dan Honda Insight.

Aku ni memang minat dengan kereta. Tapi lebih kepada kelajuan dan performance.

Setelah test drive Suprima S ni apa yang aku boleh simpulkan ialah:

  1.  Masa mula-mula memang lambat sikit pick up sebab kereta ni berat. Bila dah gerak memang terbaik terasa power turbo tu.
  2. Conering pun stabil tidak membuak.
  3.  Bila dekat bukit selalunya kereta kita akan terkebelakang sikit. Tetapi dengan Hill-Hold Assist dia boleh bagi daya tujah dan sokongan supaya kereta itu boleh bertahan seketika.

Sebenarnya banyak lagi boleh cerita kat sini. Dari segi keselamatan Suprima S ini ada

  1. 6 airbag
  2. 5 bintang ANCAP Rated. Ini test kekerasan body.
  3. Sensor reverse parking dengan front parking.
  4. Traction Control, Brake Assist dan berbagai lagi term-term teknikal yang aku sendiri pun tak paham.

Dari segi aksesori pula Suprima S ini ada

  1. Push start button
  2. Built in GPS
  3. DVD Player
  4. Wifi
  5. Bluetooth
  6. Auto Cruise
  7. Auto Wiper
  8. Leather campur PVC seat
  9. Rim tayar saiz 17 inci
  10. Daytime Running Light. Lampu pada waktu siang macam kereta Audi

 

Harga Proton Suprima S 1.6 turbo premium ni ialah RM 79,988. Boleh full loan atau bayar down payment.

Harga Suprima S ni memang mahal. Hanya Inspira yang lagi mahal. Tapi bagi aku berbaloi.

Sebab berdasarkan apa yang diberi termasuk dari segi keselamatan dan aksesori, hanya kereta yang berharga RM100,000 dan ke atas sahaja yang ada seperti Suprima S ni.

 

Soal minyak bergantung kepada gaya pemanduan masing-masing.

Aku paling suka pada Proton Infotainment System yang menggunakan android. Kalau korang pakai android

korang mesti biasa dengan sistem ini. Dekat sistem inilah terletaknya monitor untuk GPS, DVD player dan reverse parking sensor.

Suprima S ni memang sporty dan stail. Sesuai untuk semua lapisan umur. Tidak kira tua atau muda. Bonet besar.

Lupa pula Suprima S ni ada 6 warna:

  1. Atlantic Blue (Biru)
  2. Fire Red (Merah)
  3. Genetic Silver
  4. Solid White (Putih)
  5. Tranquility Black (Hitam)

Tanpa berfikir dan berbual panjang, adik aku dah angkat satu. Warna merah membakar.

4 Responses to “Proton Suprima S Test Drive”
  1. titan October 6, 2013
    • mohdnorz October 7, 2013
  2. Hazmin Hamudin October 8, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge