Percutian di Pulau Pangkor

Dah lama betul aku tak melancong. Pulau Pangkor menjadi destinasi pilihan.

Kali terakhir aku pergi masa sekolah menengah tingkatan 4. Itu pun disebabkan sekolah aku buat kem motivasi kat situ.

Masa tu memang tak merasa la tido kat hotel. Tido dekat dalam kem jer.

Tapi yang bestnya dapat naik basikal keliling pulau, aktiviti air dan jungle tracking.

Kali ini berbeza. Sebab aku bawak isteri aku.

Pulau Pangkor ini terletak di Perak bawah daerah Manjung.

 

Peta Pulau Pangkor

Peta Pulau Pangkor
Sumber: http://princesshomestaytelukgedung.blogspot.com

Aku memulakan perjalanan dengan menaiki kereta dari Selangor hingga ke Jeti Lumut menggunakan

lebuh raya utara-selatan yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih.

Aku tinggalkan kereta aku di parking Majlis Perbandaran Manjung.

Dari Jeti ini kena menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Feri boleh didapati dengan mudah di jeti.

Bayaran pergi balik menaiki feri ialah RM10 sahaja.

Aku telah menempah hotel terlebih dahulu menerusi Agoda.

Aku hanya menempah untuk menginap selama dua hari satu malam (2D1N).

Hotel yang menjadi pilihan ialah Puteri Bayu Beach Resort di Pantai Pasir Bogak.

Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort

Lokasi Puteri Bayu Beach Resort memang strategik kerana terletak berhampiran dengan pekan dan berdekatan dengan pantai.

Angin laut memang bertiup nyaman. Udara segar. Suasana persekitaran yang menyamankan. Cuma pada waktu malam

nyamuk memang banyak cuma aku jer yang tak sedar.

Aku memilih jenis bilik Garden Villa Chalet.

Garden Villa Chalet

Garden Villa Chalet

Jika berkunjung ke Pulau Pangkor, korang mesti sinonim dengan van berwarna pink. Aku cuma menggunakan van ini

ketika datang dan pulang kerana barang yang banyak.

Sekarang ini motor telah menjadi kenderaan yang popular untuk mengelilingi Pulau Pangkor. Hanya RM30 sehari. Jauh

lebih murah jika hendak dibandingkan dengan van pink.

Mula-mula aku pun tak yakin nak sewa motor sebab aku dah lama tak bawak motor. Lagipun aku tak biasa dengan jalan di

Pulau Pangkor ni takut sesat. Maklum la bawak kereta pun kena pakai GPS.

 

“Kalau sesat dekat Pulau Pangkor buat malu jer”

 

Begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh pak cik yang ingin menyewakan motor kepada aku sambil menyerahkan peta Pulau

Pangkor. Aku pun lenjan la motor modenas warna biru ke hulu ke hilir. Dah macam orang pulau dah gayanya.

Sewa Motor

Sewa Motor

Cuma nasihat aku korang jangan la berani sangat bawak motor ini pada waktu malam.

Terutama jalan menuju Teluk Nipah. Macam pergi Cameron Highland. Jalan bengkang bengkok dan naik cerun bukit

yang curam. Memang kena main gear rendah. Kalau tidak memang tak naik bukit la jawabnya. Lagi-lagi aku naik berdua.

Antara tempat-tempat yang menarik yang sempat aku lawati kat Pulau Pangkor ini:

 

1. Kota Belanda

Kota Belanda

Kota Belanda

Peninggalan bangunan Belanda. Berdekatan dengan Kota Belanda ni ada batu bersurat.

Tapi hanya sekadar tinggal batu dan contengan vandalisme. Suratnya tidak ketemu.

 

2. Kilang Ikan Satay Hai Seng Hin

Kilang Ikan Satay Hai Seng Hin

Kilang Ikan Satay Hai Seng Hin

Satay Borong

Satay Borong

Korang jangan risau makanan di sini semua ditanggung HALAL oleh JAKIM.

Habis aku borong satay, berbagai jenis keropok dan ikan masin.

Sedar-sedar dah penuh tiga plastik besar.

Padahal aku naik moto jer bukan naik van.

Harga memang murah.

 

Kali ini aku pergi Pulau Pangkor tanpa melakukan aktiviti sukan seperti snorkeling.

Cukup lah dengan mengelilingi keliling Pulau Pangkor dengan menaiki moto.

Puas hati. Track jalan pun mencabar.

Pulau Pangkor memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluangkan masa bersama

isteri tercinta. Lain kali boleh datang lagi bawak keluarga pula.

 

8 Responses to “Percutian di Pulau Pangkor”
  1. Faizal Fredley October 5, 2013
    • mohdnorz October 6, 2013
  2. Hazmin Hamudin October 6, 2013
    • mohdnorz October 6, 2013
  3. titan October 6, 2013
  4. farahin January 10, 2015
    • mohdnorz January 11, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge