Claim Insuran Kemalangan Kereta

Malang memang tidak berbau. Kita tidak dapat menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Tetapi kita perlu tahu apakah langkah yang perlu dilakukan jika kemalangan melibatkan kereta berlaku. Tidak kira sama ada kemalangan antara kita dengan pemandu lain ataupun kemalangan disebabkan terlanggar tayar lori contohnya.

Kemalangan Kereta

Kemalangan Kereta

Kejadian ini berlaku semasa aku memandu kereta menuju ke Pasir Gudang di Johor. Tujuan aku berkunjung ke sana adalah untuk melawat perkahwinan sahabat baik aku.

Aku pun gerak awal dalam pukul 11 malam kerana baru pulang dari bekerja. Malam tu aku tumpang rumah pak cik aku.

Dalam perjalanan setelah melalui exit Skudai sebelum exit Pasir Gudang. Aku melalui highway yang gelap gelita. Memang tak ada langsung lampu jalan dekat situ.

Tiba-tiba aku terasa kereta ini macam terangkat. Sah aku dah terlanggar sesuatu. Risau juga kalau terlanggar orang ke. Aku pun berhentikan kereta kat situ.

Hancur remuk hatiku. Rupa-rupanya aku terlanggar serpihan tayar lori yang pecah. Selepas itu, semua menjadi pengajaran kepada aku. Apa yang kita perlu buat jika menghadapi saat-saat genting seperti ini.

 

Langkah yang perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan jalan raya

  1. Mula-mula sekali tengok keadaan kereta. Telefon tow truck di bawah insuran kereta anda. Jangan mengambil tow truck yang datang segera ditempat kejadian.
  2. Tangkap gambar kemalangan.
  3. Ambil nombor pendaftaran kereta, jenis kereta dan warna kereta jika melibatkan kenderaan lain.
  4. Tukar info pengenalan diri dengan pemandu yang terlibat seperti kad pengenalan, lesen memandu dan nombor telefon.
  5. Terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis. Ambil perhatian, tow truck tadi sepatutnya menghantar kereta anda ke balai polis terlebih dahulu sebelum ker bengkel panel.
  6. Buat report polis. Masa ni pihak polis yang bertugas akan tanya kita bagaimana kemalangan boleh terjadi. Selepas itu, pihak polis akan mengambil gambar kereta kita. Pastikan kita mendapat salinan gambar tersebut.
  7. Akhir sekali, barulah kita boleh bawa kereta ke bengkel yang menjadi panel insuran kereta kita. Jangan bawa ke bengkel lain nanti tak boleh claim.
  8. Dekat bengkel, selesaikan dokumen yang diperlukan seperti:
  • Salinan report polis
  • Salinan pendaftaran kereta
  • Salinan polisi insuran
  • Salinan MyKad dengan lesen memandu pemilik kenderaan
  • Salinan MyKad dengan lesen memandu pemandu yang terlibat

Selalu lah berkunjung ke bengkel tersebut untuk melihat perkembangan kereta kita.

Dalam kes aku ni kemalangan berlaku di Johor. Jadi aku deal dengan pihak insuran untuk tow truck kereta tu sampai ke Selangor. Insuran akan tanggung dan kita kena tambah sikit. Aku pun tak ingat berapa.

Aku memang tak dapat pergi kenduri kawan aku. Seharian gak la aku kena settlekan claim insuran ini. Nasib baik pak cik aku ada. Aku pun pulang Selangor balik sekali dengan tow truck tu.

4 Responses to “Claim Insuran Kemalangan Kereta”
  1. titan October 6, 2013
    • mohdnorz October 7, 2013
  2. anamizu September 20, 2014
    • mohdnorz September 21, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge