Advertising Genius

Aku memang suka mengikuti drama Korea.

Setelah menonton berpuluh-puluh drama Korea apa yang aku boleh simpulkan adalah dalam hampir semua drama Korea mesti ada elemen ini dalam jalan cerita:

  1. Cinta antara 3 segi. Variasi mungkin perebutan antara dua orang wanita merebut seorang lelaki ataupun dua orang lelaki merebut seorang wanita. Kadang-kadang boleh jadi cinta antara 4 segi.
  2. Babak hilang ingatan.
  3. Babak kena cari barang yang hilang.
  4. Babak terpaksa lari keluar negara membawa diri yang duka lara. Ini selalu dekat ending.

Walaupun elemen ini boleh ditemui di semua drama Korea namun selalunya jalan cerita yang menarik menjadi tarikan penonton.

Aku suka tengok drama Korea kerana selain jalan cerita yang menarik, background musik juga memainkan peranan untuk memberi kesan kepada penonton. Tak tahu kenapa. Memang tak paham langsung lagu tersebut. Tapi masih layan.

Dalam laptop aku, banyak kompilasi lagu ost Korea yang terbaik. Pelakon Korea yang cantik-cantik juga menjadi daya tarikan yang berjaya bagi aku. Walaupun kita sedia maklum, Korea memang terkenal dengan pembedahan plastik. Tapi masih layan.

Tujuan aku menulis post kali ini adalah untuk mempromosikan drama Korea yang boleh dikatakan baru yang ada kena mengena dengan blogger.

Ad Genius Lee Tae Baek

Episode: 16

Nama watak utama dalam cerita ni memang pelik Lee Tae Baek. Cerita ini berkenaan dengan dunia pengiklanan. Daripada papan iklan sehinggalah iklan tv.

Dalam cerita ni, korang boleh perhati banyak ayat-ayat power yang tak terkalah yang boleh menarik pengguna untuk membeli produk yang diiklankan.

Kenapa aku cakap drama ini ada kena mengena dengan blogger?

Blogger secara tidak langsung menjadi medium pengiklanan secara percuma ataupun dibayar.

Nak promosi barang ini memang bukan mudah. Analogi yang selalu digunakan oleh otai blogger

En. Titan, umpan kena mantap ayat kena power. Baru umpan mengena. Kerja kena buat walaupun malas.

Berbalik kepada cerita drama ini. Bagi aku drama ini boleh bagi inspirasi dan idea berkenaan dengan pengiklanan dari sudut yang berbeza.

Antara iklan yang menara dalam drama ini:

Gunung Everest Ads Source: http://www.thekoreaguide.com/

Gunung Everest Ads
Source: http://www.thekoreaguide.com/

Kalau korang perhatikan iklan di atas memberi maksud yang mendalam dan dapat menarik pandangan orang ramai dalam sekilas pandang.

Gabungan ayat yang power dan visual yang jelas dalam iklan di atas sudah pasti dapat menarik orang ramai untuk berfikir maksud yang tersirat dan tersurat.

Kalau rasa tak cukup nak tengok lagi iklan yang menarik boleh pergi kat sini.

ps: Jangan terkejut kalau korang tengok drama ini korang boleh lihat kemunculan warga Bangla sebagai pelakon. Aku kagum.

6 Responses to “Advertising Genius”
  1. Juan September 24, 2013
    • mohdnorz September 24, 2013
  2. pahan September 25, 2013
    • mohdnorz September 25, 2013
  3. titan October 2, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge