GPS (Guna Pasti Sesat?) 2

Dulu lain sekarang lain. Dulu aku pinjam ayah aku punya GPS jenama Garmin sebagai alat bantuan untuk bantu aku tunjuk arah ke destinasi yang ingin ditujui.

Setelah aku memiliki telefon pintar, segala-galanya menjadi pintar dan mudah. Sudah semestinya telefon pintar itu mahal harganya. Tetapi dengan tugas yang mampu dilakukan oleh telefon pintar selain telefon dan mesej, harga yang mahal itu memang berbaloi.

Jangan ingat milo jer ada 3 in 1. Telefon pintar lebih dari 3 in 1. Telefon pintar boleh buat multitasking. Telefon, mesej, tangkap gambar, tangkap video dan macam-macam lagi la.

Telefon pintar ini ada dua platform yang terkenal iaitu android atau ios (iphone). Platform yang menjadi pilihan aku sudah semestinya android. Android ini senang macam komputer.

GPS adalah antara fungsi utama aku gunakan pada telefon pintar aku. Dua applikasi utama yang boleh digunakan sebagai GPS ialah Waze dan Google Maps. Kedua-dua applikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play.

 

WAZE

Paparan Waze

Paparan Waze

Waze ini dah jadi GPS rasmi aku hampir setahun lamanya. Apa yang menyebabkan aku suka Waze ini ialah:

  1. Paparan yang menarik dan comel.
  2. Navigasi yang mudah dan lancar.
  3. Laporan lalu-lintas yang up to date.
  4. Amaran kemalangan di hadapan.
  5. Amaran pembaikan jalan di hadapan.
  6. Amaran kereta rosak di hadapan.
  7. Amaran operasi had laju.

Untuk makluman semua maklumat mengenai laporan lalu-lintas dan semua perkara yang aku nyatakan di atas disumbangkan oleh warga Waze iaitu pengguna Waze itu sendiri. Applikasi waze memberi kebenaran kepada penggunanya untuk melaporkan segala yang mereka alami di jalan raya. Secara tak langsung dapat berkongsi dan membantu warga Waze yang lain.

Komuniti warga Waze di Malaysia juga semakin hari semakin berkembang. Secara tidak langsung dapat membantu ketepatan laporan Waze.

 

Google Maps

Paparan Google Maps

Paparan Google Maps

Semua orang pasti sudah biasa dengan Google Maps. Google Maps di android ini serupa dengan Google Maps di komputer.

Cara nak guna hanya masukkan alamat destinasi atau coordinate di search dan kita dah boleh gerak.

Aku memang bergantung harap kepada dua applikasi ini sebagai penunjuk arah sebab aku ni memang buta jalan. Lagi-lagi jalan yang tak pernah pergi.

Selain alasan aku guna GPS ini untuk menunjuk arah jalan, kegunaan GPS ini juga adalah untuk membantu aku memilih jalan alternatif supaya boleh sampai ker destinasi yang dituju dengan kadar segera. Kalau boleh mana yang kita boleh elak tu kita elak la.

Seperti jalan jem dan kemalangan. Pening kepala kalau tersangkut dekat jalan disebabkan kemalangan. Maklum la warga Malaysia ni semua prihatin. Kalau kemalangan tu kita memang suka tumpang tengok sekali.

Akhir kata pesanan aku, hati-hatilah semasa memandu. Jangan syok sangat tengok GPS jer. Jalan tu pun kena tengok juga.

2 Responses to “GPS (Guna Pasti Sesat?) 2”
  1. Fattah September 23, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge