Jom Berhenti Merokok

Budaya merokok ini sudah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia. Kita dapat lihat di sekeliling kita, golongan perokok tidak mengira tua atau muda mahupun lelaki atau perempuan.

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi perokok sejak usia muda lagi. Faktor yang paling utama sekali ialah pengaruh rakan sebaya. Mula-mula sekadar untuk mencuba. Lama-lama menjadi kebiasaan dan tabiat.

Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak merokok. Terbayang di fikiran saya, jika saya merokok sudah pasti ibu saya lah orang yang pertama kecewa dengan diri saya.

Rokok banyak membawa kesan yang negatif daripada positif. Anda tidak perlu menjadi doktor untuk mengetahui keburukan merokok. Melalui pemerhatian pun kita boleh melihat kesan merokok pada jangka masa pendek mahupun panjang.

Antara keburukan merokok ialah:

  1. Membahayakan kesihatan. Boleh menyebabkan kanser paru-paru pada jangka masa panjang.
  2. Membahayakan kesihatan orang sekeliling. Perokok pasif lebih cenderung kepada penyakit jika dibandingkan dengan perokok tegar kerana sistem imunisasi perokok tegar lebih kuat daripada perokok pasif.
  3. Pembaziran wang ringgit. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga rokok setiap tahun.
  4. Mulut berbau.

Saya berasa gembira jika orang di sekeliling saya berhenti merokok. Tetapi nak berhenti merokok ini bukannya mudah. Saya mempunyai ramai rakan yang sudah berjaya berhenti merokok sehingga kini. Namun saya juga mempunyai rakan-rakan yang sudah berhenti merokok tetapi menyambung semula.

Berhenti Merokok

Di samping mendapat bantuan dan sokongan orang sekeliling. Berhenti merokok memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Jika tidak sudah pasti perokok akan merokok semula. Bermacam-macam kaedah berhenti merokok telah ada di luar sana seperti mengunyah gula getah atau mengambil nicotine patch.

Sebenarnya saya tidak layak untuk menceritakan cara-cara untuk berhenti merokok kerana saya sendiri tidak merokok. Oleh sebab itu, saudara Fariz Rizal lah orang yang paling layak kerana beliau sendiri adalah bekas perokok tegar. Sudah pasti beliau tahu tabiat, sebab dan semua yang berkenaan dengan perokok.

Berhentilah merokok selagi masih sempat. Pepatah ada mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan sehingga sudah 30 tahun menghisap rokok barulah hendak berhenti merokok. Bila sudah sebati dengan diri memang sukar untuk berubah. Hanya kita sendiri yang mampu mengubah diri kita sendiri.

Anda pasti gembira melihat perubahan anda setelah berhenti merokok. Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

 

8 Responses to “Jom Berhenti Merokok”
  1. kakiblog September 20, 2013
    • mohdnorz September 21, 2013
  2. Juan September 21, 2013
    • mohdnorz September 21, 2013
  3. Bahrain September 21, 2013
    • mohdnorz September 22, 2013
  4. titan September 22, 2013
    • mohdnorz September 22, 2013
  5. Pingback: Merokok Membazirkan Wang | mohdnorzali.com October 17, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge