Kuala Lumpur International Jazz Festival 2013

Tarikh: 14 September 2013 (Sabtu)

Waktu: 4.00 pm – 12 am

Lokasi: Universiti Malaya

Sejak di bangku sekolah lagi aku telah bergiat secara aktif dalam bidang musik. Dari sejak sekolah sampailah ke universiti. Sekarang ni dah bersara. Jika ada jemputan persembahan musical barulah aku pergi.

Dulu aku masuk marching band dengan wind orchestra. Masa tu aku main saxophone. Saxophone ni ada 4 jenis.

  1. soprano
  2. alto
  3. tenor
  4. baritone

Susunan mengikut saiz. Dari yang kecil sampai la yang paling besar. Aku boleh main alto, tenor dengan baritone. Saxophone ni dalam wind orchestra memang kurang menyinar. Sebab kena bagi laluan dekat section string. Tapi bila tiba jazz solo saxophone la yang selalu dinanti-nanti.

Aku berpeluang pergi ke Kuala Lumpur International Jazz Festival 2013 setelah ditaja oleh rakan yang bekerja di MAS. Kalau saja-saja nak beli harga tiket ni memang mahal iaitu RM238. Tiket ni Gold. Ada yang lagi mahal Premier. Ni pun dah cukup baik sebab dapat all access.

Layanan first class. Masuk-masuk jer disambut oleh pramugari dengan senyuman menawan. Lepas tu dapat duduk front row pula tu. Berbaloi dapat tiket free.

Tiket Festival Jazz

Tiket Festival Jazz

Kepada peminat Jazz, festival ini memang dinantikan. Apa yang aku perhatikan selain pure Jazz, element-element lain juga ada diterapkan iaitu Soul,Blues dan Rock.

Daripada petang bawa ke malam, aku boleh simpulkan beberapa persembahan yang menarik perhatian aku. Tak semua kena dengan jiwa aku. Ada juga yang membosankan sampai membuatkan aku mengantuk. Ada juga yang menarik. Layan habis.

Kebanyakan performer dari oversea. Ada yang dari New York dan juga Jepun. Tapi bakat tempatan juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan individu dan band-band yang terlibat aku tak pernah dengar pun.

Antara persembahan yang menarik hati ialah

  1. Roy diiringi UM Big Band. (Roy ni penyanyi senior Malaysia yang selalu nyanyi lagu patriotik)
  2. eZra Brown
  3. Kazutoki Umezu Kiki Band. (Band Jepun)
Roy diiringi UM Big Band

Roy diiringi UM Big Band

 

eZra Brown

eZra Brown

Kazutoki Umezu Kiki Band

Kazutoki Umezu Kiki Band

Masa festival ni ada satu situasi yang mengelikan hati. Aku menemani kawan aku hisap rokok di tepi dewan. Sedang rancak berborak, tiba-tiba kitorang didatangi seorang yang tidak dikenali yang bertanya kepada rakan aku. Kat sini boleh hisap rokok ker? (Bila di translate ker BM). Kawan aku dengan selamber menjawab, kat sini kat mana-mana pun kawasan larangan merokok.

Tidak lama selepas tu, aku tengok berderet dekat 5 orang hisap rokok kat situ. Aku pun cakap kat kawan aku, ko ni bad influence betul. Sambil borak-borak tu, aku tengok orang yang tanya tadi tu dari atas sampai bawah. Mamat ni muka sebijik macam dalam poster.

Rupa-rupanya dia perform lepas ni. Member aku pun secara sinis tegur dia “looking forward for your performance”. Selepas berlalu pergi dari situ aku pun berborak dengan kawan aku. Aku tengok dah nak 2 batang rokok gak dia hisap. Mamat ni dah la main saxophone.

Setahu aku nak main saxophone ni nafas kena panjang. Tak boleh semput-semput. Aku dengan member aku pun tak sabar nak tengok persembahan penutup daripada beliau.

Notasi Musik

Notasi Musik
Kredit: http://akuduniamuzik.blogspot.com/

Nak dijadikan cerita nama mamat tu Rudresh Mahanthappa’s Samdhi. Korang memang power kalau boleh sebut nama beliau. Aku dengar dari awal lagu sampai habis lagu mamat ni main note musik semikuaver dengan demisemikuaver jer. Dalam hati aku patutla relax jer dia hisap rokok sebelum perform. Tarik nafas panjang-panjang, lepas tu tekan note dengan kadar kilat.

ps: sambil-sambil korang leka dengar musik kegemaran masing-masing tu apa kata buat JOBDIRUMAH sekali masyuk.

No Responses to “Kuala Lumpur International Jazz Festival 2013”
  1. Pingback: Majlis Konvokesyen Angah | mohdnorzali.com October 28, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge