Football Manager 2014 Release Date

Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu oleh penggemar football manager (FM) telah diwar-warkan oleh sigames. Tarikh keramat itu ialah pada 31 October 2013 pada hari Khamis tepat jam 00.01 (GMT). Kepada yang tak sabar, boleh la pre-order dekat retailer.

Kepada yang tidak tahu FM ialah sebuah game bola sepak dalam bentuk simulasi. Engineer membuat simulasi untuk predict sama ada reservoir tu ada minyak ker tak dengan menggunakan tools yang canggih. Begitu juga dengan FM ini. Dalam dunia ni banyak benda yang unpredictable. Benda yang sukar diduga ataupun kita tak tahu langsung penuh dengan uncertainty.

Aku telah bergiat dengan FM ini sejak di bangku sekolah lagi, masuk universiti sehinggalah sekarang bila sudah bekerjaya. Boleh dikatakan game ni agak addictive. Kalau tak dikawal memang boleh berjam-jam melekat kat depan laptop. FM juga sudah berkembang dengan maju dan canggih. Simulasi FM makin lama makin complicated dan hampir menyerupai dengan dunia sebenar.

Sebagai contoh ada press conference, nak bid player juga kena melalui agent dan berbagai-bagai lagi. Laptop juga perlu mempunyai processor dan graphic yang tinggi. Kalau tidak main game ni memang sangkut jerla memanjang. Sebenarnya, cita-cita aku dulu nak jadi pemain bola sepak.

gaming-footballmanager2014

Tetapi disebabkan aku tidak berbakat besar dan lebih kepada bidang akademik berbanding sukan terpaksala aku lupakan niat murni aku ini. Namun begitu setelah aku melihat kelahiran pengurus-pengurus bola sepak yang tidak mempunyai pengalaman sebagai pemain bola tetapi tetap berjaya seperti Jose Mourinho membuatkan aku juga bercita-cita untuk menjadi pengurus bola sepak.

Pernah dahulu dibangku sekolah semasa peralihan kelas ke tingkatan 4, aku memilih sains sukan tapi cikgu aku bertegas aku kena masuk kelas sains tulen. Aku redha cuma cita-cita aku sebagai pengurus bola sepak memang sukar dilupakan. Oleh sebab itu, selalunya siang aku bekerja dan pada waktu malam aku menjadi pengurus bola sepak dalam dunia fantasi.

Aku peminat Arsenal. Sebab itu dalam FM aku pilih untuk mengurus Arsenal sambil meniru cara Arsene Wenger mengendalikan kelab. Mempercayai pemain muda, bermain passing secara pantas (fluid) dan pada masa yang sama bermain permainan yang cantik dan tidak membosankan. Kalau kat Malaysia ini aku sokong pasukan Selangor walaupun ‘Misi 33’ sudah terkubur. Manakala bagi aku pengurus bola sepak yang terbaik kat Malaysia ini adalah Ong Kim Swee K. Rajagopal.

Ps: Walaupun sibuk main game JOBDIRUMAH jangan dilupakan.

Leave a Reply

CommentLuv badge