Saji.my Pangkalan Data Makanan Satu Malaysia

saji.my

Sebut sahaja pasal saji mesti perkara pertama yang terbayang di kepala kita ialah makanan. Saji memang sinonim dengan makanan seperti sajian makanan dan tudung saji. Begitulah juga dengan peranan saji.my sebagai portal pangkalan data makanan di seluruh malaysia.

Malaysia memang terkenal di seluruh dunia kerana kaya dengan pelbagai jenis makanan. Makanan Malaysia memang sedap-sedap belaka. Selain makanan tradisional Malaysia, makanan luar negara juga senang didapati di Malaysia seperti makanan barat dan negara arab.

Saya sendiri cerewet dengan pemilihan makanan. Selain HALAL, kesedapan makanan, layanan mesra dan harga yang berpatutan menjadi faktor yang penting kepada pemilihan kedai makanan jika saya hendak makan di luar.

Lambakan kedai makanan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menyebabkan dilema dan kesukaran kepada pelanggan untuk membuat keputusan. Di sinilah saji.my memainkan peranan sebagai portal pangkalan data makanan di seluruh Malaysia yang dapat memberi panduan kepada pelanggan untuk membuat keputusan yang tepat.

laman sesawang saji.my

Laman Sesawang saji.my

Laman sesawang saji.my menyediakan lokasi kedai makanan yang sedap dan menarik dan harga yang berpatutan di seluruh Malaysia. Di bawah adalah sekadar cadangan pembaikan saji.my supaya menjadi portal makanan nombor satu Malaysia.

Cadangan pembaikan saji.my

  • Sediakan GPS coordinate.
  • Sediakan resepi makanan yang terkenal di Malaysia seperti Nasi Lemak.
  • Senaraikan kalori makanan di Malaysia.
  • Bangunkan perisian aplikasi saji.my untuk android dan ios.

Zaman sekarang kebergantungan manusia dengan teknologi memang tidak dapat dipisahkan. Dengan wujudnya saji.my sebagai search engine makanan sangatlah dapat membantu. Saji.my dapat membantu pelanggan dan pengusaha gerai makanan untuk memperomosikan makanan mereka. Layarilah saji.my sekarang.

2 Responses to “Saji.my Pangkalan Data Makanan Satu Malaysia”
  1. titan September 18, 2013
    • mohdnorz September 19, 2013
  2. Pingback: Buat Duit dengan Blog | mohdnorzali.com October 14, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge