Penghijrahan Dari Blogger ker WordPress

Penghijrahan Dari Blogger.com ker WordPress.comSalam perkenalan. Hari ini adalah titik bersejarah kepada aku. Akhirnya mohdnorzali.com dilancarkan secara rasmi.

Setelah berhari-hari berkunjung ke blog yang terkenal dan berpengaruh, aku dapati hampir kesemuanya menggunakan platform wordpress dan mempunyai domain dengan jenama sendiri. Serta laman sesawang blog mereka diselenggara oleh web hosting pilihan masing-masing. Secara separa sedar aku pun turut terpengaruh untuk berhijrah dari blogger ker wordpress.

Banyak kelebihan yang boleh didapati daripada wordpress jika dibandingkan dengan blogger. Boleh disimpulkan bahawa wordpress adalah lebih mesra SEO daripada blogger dan lebih menarik.

Sebelum ini aku berblog di merbausempak.blogspot.com. Aku mengambil keputusan bergiat aktif kembali di dalam dunia blog ini dengan lebih serius. Berjenamakan mohdnorzali.com, aku harap dapat berblog dan menjana pendapatan sampingan hendaknya.

Aku mengambil keputusan untuk bernaung dibawah Saleiz Webhosting kelolaan anak jati Malaysia.Β Harap otai-otai dan sifu-sifu blog diluar sana dapat memberi sokongan dan pendapat mengenai dunia blog ini. Masih banyak kerja yang perlu dikerahkan untuk menaikkan trafik dan berbagai lagi teknik SEO yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Aku pun masih belum biasa dengan interface wordpress.

 

9 Responses to “Penghijrahan Dari Blogger ker WordPress”
  1. Izzuddin Fauzi September 12, 2013
  2. hafizrahim September 12, 2013
    • mohdnorz September 12, 2013
  3. titan September 18, 2013
  4. Hazmin Hamudin September 20, 2013
    • mohdnorz September 20, 2013
  5. Blog Amir September 29, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge